S A Y A N G
Sayang
Jujur aku cakap, rasa macam baru semalam baru nak masuk tahun 2015. Hari
ni dah menghitung hari. Banyak juga
yang dirasa, lelah jugak berlari pecut dengan hati yang diragut, itu
belum campur dengan luka pedih dahulu yang belum sembuh. Susah rupanya
hidup ni. Susah rupanya jadi manusia yang ada hati.
Tapi tahun ini berbeza sedikit. Tahun ini rasa rabak dia lain macam.
Kalau dulu bila rabak, rasa sedih. Kalau dulu rasa rabak, mesti rasa nak
meroyan, rasa macam luka kena hiris berkali-kali dengan pisau dan
dilumur dengan garam. Tapi itu dulu. Sebelum saya jumpa kamu.
Sayang,
Amboi, pelik sungguh rasanya bila dah berani nak memanggil sayang. Tapi
mungkin tidak mengapa, sayang saya hanya di sini. Bila berkomunkasi, saya
macho macam biasa. Seratus kali ucapan maaf saya ucapkan jika selama ini
mungkin kelihatan saya ini ego orangnya, keras hatinya, tapi betul ni
sayang, itu bukan tanda saya tak sayang.
Sayang,
Jarang sekali kita berbicara tentang apa yang terjadi, apatah lagi mahu
berbicara mengenai apa yang kita rasa dalam hati. Mula-mula kawan, lepas
tu saya pun dah keliru apa dah jadi.
Tapi kadang-kadang, dunia seolah-olah membuat satu konspirasi. Bila
sudah acap kali mulut membuat sumpah tidak mahu berjanji, di
pengakhirannya kita masih di sini. Masih lagi berkomunikasi, masih lagi dalam
persimpangan dilemma, masih lagi di takuk yang sama, mungkin masih lagi
tak tahu apa yang menanti di kemudian hari.
Sayang,
Mohon jangan salah faham, you're one of the best things that had happened to me.
Saya juga sudah maklum, jodoh itu semua ketentuan Tuhan. Saya memang jenis yang sibuk, memang jenis ke sana ke mari tak ingat
dunia, jadi masa yang terluang untuk awak itu hanya seketika. Maafkan
saya.
Jadi,kadang-kadang terfikir 'kalau2' awak ada si dia yang lagi satu, yang mungkin boleh
memanggil awak sayang selalu, biasalah fikiran saya tu.Tapi tak mengapa. Sebab seperti biasa, saya harus menjadi macho.
Bila dah jadi begini, saya bersyukur sebab ada jarak antara kita, biar
susah hendak berjumpa. Biar susah saya saksikan semua. Alah, kalau
kahwin pun boleh bercerai, apatah lagi hubungan yang tak termeterai.
Jadi saya gunakan segala ruang dan masa untuk menjadi sibuk. Tapi betul
ni sayang, itu semua bukan tanda saya tak sayang.
Sayang,
Ini semua bukan makian, tapi sebagai ucapan terima kasih. Terima dan
kasih untuk semuanya. Yang manis itu harapnya akan kekal manis, dan yang
pahit itu mohon agar diletak tepi dihujung kaki. Terima dan kasih juga
kerana bersabar, kadang-kadang perempuan yang macho ini juga adalah
perempuan paling manja di dunia. Tapi tak mengapa, manja saya, awak
seorang aja yang rasa, lelaki yang lain saya hulurkan bisa.
Dan , saya harap apa yang terjadi
antara kita, dilipat kemas jadikan bekalan. Kalau rindu, boleh la
sekali-sekala diselak dengan senyuman. Kita bermula dengan kawan,
diharap walau apa pun yang terjadi esok, masih boleh kekal sebagai
kawan.
yang last tu aku tipu. Agak-agak kalau kau nak pilih dia yang
lagi satu tu or yang lain, bagi warning seminggu dua dulu, boleh aku cari awal-awal
pengganti yang baru. Adios.
norina liyanaa
Comments