Sesat dalam cahaya i-City

Malas nak buat mukadimah.Terus ke topik utama.*ececeh..*

korang pernah TERsesat atau sengaja sesat tak?Bukan ajaran sesat atau haluan sesat, tapi sesat tak tau mana nak pergi. 

Ok,haritu first time pergi i-CiTy.Tiba tiba TERsesat pulak dalam tu.Haha!bongok betul dalam i-city pun boleh sesat.Ni semua sepupu aku punya kerja lah.Tinggal aku sorang sorang dalam tu.Ceritanya bermula macam ni..

sepupu aku:wei jom beli burger jap.
aku:ok jom..
*tiba tiba*
sepupu aku:eh,jap jap..jom pergi kedai game tu jap..*ala yang seberang i-cty tu.jauh der..*
aku:malas arh..
sepupu aku:ok lantak ko lah.aku nak pergi bye..*siap lambai tangan kat aku*


Tengok?Aku pun tak tahu macam mana boleh dapat sepupu macam tu.Kedai tu dah lah bapak giler ramai orang.Jauh pulak tu.Ok fine.Aku balik cari mak aku.Lepas tu cari lah tempat mak aku duduk tadi.Sampai-sampai..."aik..mana mak aku nie?sesat ke apa?*aku yang sesat sebenarnya.*

Tiba tiba dah sampai kat celah mana dah pun tak tau. Blur gila. pastu stress, takut.. serius! ."adoi..mana mak aku,makcik aku,adik aku?diorang sesat ke?''Memang rasa nak nangis dah masa tu.Tapi cover jap..haha!




ha!macam tu lah tangan aku masa sesat tu.cover konon-konon tak sesat lah kan.Lepas tu pura pura main handphone lah.*Haha!betapa bangangnya aku time tu.Dah lah sesat,belagak pulak tu.Aku bukan bodoh sombong.Tapi bengong macam kambing..Muahaha.Gelak lah gelak.Memang bagi peluang untuk gelak punn.


Baru ingat nak happy-happy kat situ.Hilang mood terus.Semua gara gara cousin aku yang macam ape je punya perangai.Betapa lama aku sesat.Pergi situ,patah balik..pergi sana patah balik.Memang best lah..Memang saja nak buat senaman kaki..

Tak tau nak buat apa dah.Lepas tu call sepupu aku.Jeng..jeng..jeng..Nak tau apa jadi?Dia pergi off handphone.ci-la-katak?Sila campak phone anda dalam loji berdekatan..Haisshh.Rugi aku tak bawa kompas ke peta ke.Haha!

5JAM KEMUDIAN..*ok tipu jep..*5 minit berlalu..tiba tiba..

Setelah mengeTEST semua tempat yang ada kat situ.Baru lah jumpa mak aku dan yang lain..!Fuhh.. lega..Sebenarnya tempat tu takde lah celah mane pun..Celah kangkang je pun..Mak aku tanya pergi mana?Ok,cover lagi.Dengan bangga nya aku menjawab....''Saja ronda-2..bosan kalau ikut umi jep..''Haha!bagus tak aku?Ok,sila muntah jauh jauh..
p/s:Apa pun,sesat memang perkara yang seronok.haha!Nak tercabut skru kaki aku mengeTEST semua tempat kat situ..

Tempat ni lah yang aku sesat sampai 15 minit 33 saat tu..*siap kira tu..*
Haha.Cerita ni dah lama.Tapi serious bila ingat balik,aku akan tergelak.TERgelak kan diri sendiri.Haha.Owh,rupanya best juga gelakkan diri sendiri.HAHAHA

Comments

Ku Azhar said…
ku xpernah smpai lg T_T
norina liyana said…
oww..huhu..kesiaann..
nurpiska said…
hehe klakar la..
Nadia Chubby said…
haha , terbaekk lhaaa ! haha
norina liyana said…
haha!nseb jumpe..klau tak..xtau lah nak buat ape..

Popular posts from this blog

Alamak..flu

My first doodle..